Telah menyertai majlis bacaan kitab hadith Sunan Abu Daud dari negara Qatar melalui dalam talian. Majlis bermula pada 21 Safar 1434H / 4 Januari 2013. Majlis di jalankan bersama enam orang Syeikh Musnid antara yang termasyhur di dunia - Syeikh Abdul Rahman al-Kattani, Syeikh Muhammad Israil al-Nadwi, Syeikh ubhi al-Husaini al-Samarraie, Syeikh Abdul Wakeel al-Hasyimi, Syeikh Abdullah al-Tuwaijiri dan Syeikh Abdullah al-Ubaid (dengan sedikit ulasan dirayah)
Majlis yang dihadiri :
Majlis 1 Jumaat 21 Safar 1434H / 4 Januari 2013 : Bermula hadith 55
Majlis 2 Sabtu 22 Safar 1434H / 5 Januari 2013 : Bermula hadith 700
Majlis 3 Ahad 23 Safar 1434H / 6 Januari 2013 : Bermula hadith 1421-1620 (بفوت)
Majlis 4 Isnin 24 Safar 1434H / 7 Januari 2013 : -
Majlis 5 Selasa 25 Safar 1434H / 8 Januari 2013 : -
Majlis 6 Rabu 27 Safar 1434H / 9 Januari 2013 : -
Majlis 7 Khamis 28 Safar 1434H / 10 Januari 2013 : -
Majlis 8 Jumaat 29 Safar 1434H / 11 Januari 2013 : Hadir majlis akhir
Biodata syeikh :
1) Muhaddith Makkah - S.Abdul Wakeel al-Hasyimi 79 tahun - meriwayatkan secara membaca dan mendengar dari ayah beliau Muhaddith al-Haramain Abdul Haq al-Hasyimi - hampir kesemua kitab2 hadith yg dicetak pada zaman ayah beliau telah S.A.Wakeel bacakan di hadapan ayah beliau - termasuk beberapa kitab yg masih manusekerip - antaranya plg nadir ialah Sunan Kubra@al-Baihaqi (20 ribu hadith...). Seingat ana hanya dua org shj ulama Arab yg mengkhatamkan sehingga habis kitab besar ini di hadapan guru mereka. AWakeel dan S.Subhi al-Samarraie.
2) Al-Musnid S.Abdul Rahman al-Kattani - umur lebih 90 tahun - dari ayah beliau al-Hafiz Muhammad Abdul Hayy al-Kattani yang sangat masyhur - A.Rahman terkenal sanad sgt tinggi di samping sekurang2nya 3 sanad tertinggi kepada kitab yg dibaca/didengar dihadapan guru2 beliau - Sahih al-Bukhari - Muwatta Malik dan al-Syamail al-Tirmizi
3) Muhaddith Iraq S.Subhi bin Jasim al-Husaini al-Samarraie - Lebih 20 buah kitab yang besar dan nadir dibacakan dihadapan guru beliau al-Muhaddith Abdul Karim Abu Saiqoh - Sanad Kubra@al-Baihaqi dan sangat tinggi secara bacaan di samping Umdatul Ahkam - antara kitab nadir bidang hadith yg dikhatamkan di hadapan guru beliau ialah Mizanul Iktidal.
4) al-Muhaddith al-Musnid al-Syeikh Muhammad Israil al-Nadwi al-Hindi - antara saki baki ahli hadith yang menpunyai sanad yang tinggi di India yang masih hidup - masyhur dengan ketinggian sanad KUTUB SITTAH secara bacaan dan mendengar di hadapan guru2 beliau dan kitab2 lain seperti Muwatta Malik yang diriwayatkan oleh al-Syaibani.
5) al-Muhaddith al-Zahid al-Bakkak al-Syeikh Abdullah al-Tuwaijri - ahli hadith di Arab Saudi yg masyhur - masyhur dgn kezuhudan - tawaduk - ibadat dan ilmu yg byk - meriwayatkan dari ramai guru antaranya al-marhum ayah beliau S.Hammud al-Tuwaijiri - antara sanad beliau yg nadir dan tinggi ialah meriwayatkan secara mendengar Muwatta Malik yang diriwayatkan oleh Abu Mus'ab, mendengar lebih 3000 hadith dari Musnad Abu Yaqla al-Mausili, beberapa juzuk yg ditemui dari Musnad al-Sarraj dan seluruh Tafsir Ibnu Khathir (dari bapa saudara beliau).
6) Syaikhul Islam al-Allamah al-Muhaddith Abdullah Soleh al-Ubaid - seorg ulama yg sgt2 ramai guru dan sgt2 byk menghadiri majlis ilmu - mempunyai pakej lengkap utk gelaran Syaikhul Islam - menguasai semua ilmu2 Islam termasuk ilmu Qiraat dan Tafsir - jumlah hadith yg didengari dan dibaca secara bersanad dihadapan guru2 beliau kemungkinan melebihi 200 ribu hadith - (namun al-Musnid al-Kabeer al-Muhaddith Syeikh Muhammad Ziyad bin Umar al-Tukelah kemungkinan mendengar dan membaca hadith secara bersanad di hadapan guru2 beliau lebih 400 ribu hadith).
Disediakan oleh ustaz Anwaruddin Abdul Wahab
catatan majlis khatam :
Setelah khatam keenam-enam orang syeikh mengijazahkan ijazaha khas dan am kepada peserta hadir dan dengar. setelah itu dibacakan syair arab bagi pengkhataman. hadith juga di majlis pengkhataman Tokoh Feqah Dr. Yusuf al-Qaradhawi utk memberi sedikit ucapan.kemudian beliau memberi ijazah am kepada peserta2 yg hadir dengan apa yg telah diijazahkan oleh guru2 beliau. (Beliau beroleh ijazah sanad dari al-Hafiz al-Syeikh Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari dan al-Muhaddith al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah). Di Ghurfah Ibnu Solah - al-Syeikh Abdul Hamid Rahmati memberikan ijazah khas dan am kepada yang hadir, al-Syeikh Jum'ah al-Asyram memberikan ijazah khas dan al-Syeikh Dr. Naif Munir Faris juga memberi ijazah khas.
Disediakan oleh ustaz Anwaruddin Abdul Wahab
No comments:
Post a Comment