Saturday, January 19, 2013

Majlis bacaan Sunan Ibnu Majah bersama Syiekh Abdul Wakeel (Makkah) dan Syiekh Ghulamullah Rahmati (Pakistan)

Telah menyertai majlis bacaan Sunan Ibnu Majah bersama Syiekh Abdul Wakeel (Makkah) dan Syiekh Ghulamullah Rahmati (Pakistan) di ghurfah Ibnu Solah. Bermula pada Jumaat, 7 Rabiul Awwal 1434H - 18 Januari 2013

Majlis 2 - 7 Rabiul Awwal 1434H - 19 Januari 2013 : 1683 - 1782 
Majlis Akhir - 7 Rabiul Awwal 1434H - 21 Januari 2013 : 4294 - 

Sunday, January 13, 2013

Majlis Sunan Daroquthni bersama al-Syeikh al-Musnid al-Muhaddith Muhammad bin Abdullah al-Syujak-Abadi,

Telah menghadiri majlis Sunan al-Daroqutni (385H) bersama al-Syeikh al-Musnid al-Muhaddith Muhammad bin Abdullah al-Syujak-Abadi di Ghurfah Ibnu Solah :

Majlis 6 - 30 Safar 1434 / 13 Januari 2013 - حاضر
Majlis 7 - 1   Rabiulawal 1434 / 14 Januari 2013 - Hadith 979 - 1008

Sunday, January 6, 2013

Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah : Syeikh Husni Ginting

Telah menyertai majlis kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah bersama Syeikh Husni Ginting di Darul Hasani, Kajang.

Majlis 1 : 22 Safar 1434 / 5 Januari 2013 - Hadith 1-3
Majlis 2 : 23 Safar 1434 / 6 Januari 2013 - Hadith 61-70

Diijazahkan sanad hadith musalsal tongkat oleh  Syeikh Husni Ginting.

Majlis akan di sambung pada Februari.

Friday, January 4, 2013

Majlis bacaan kitab hadith Sunan Abu Daud

Telah menyertai majlis bacaan kitab hadith Sunan Abu Daud dari negara Qatar melalui dalam talian. Majlis bermula pada 21 Safar 1434H / 4 Januari 2013. Majlis di jalankan bersama enam orang Syeikh Musnid antara yang termasyhur di dunia - Syeikh Abdul Rahman al-Kattani, Syeikh Muhammad Israil al-Nadwi, Syeikh ubhi al-Husaini al-Samarraie, Syeikh Abdul Wakeel al-Hasyimi, Syeikh Abdullah al-Tuwaijiri dan Syeikh Abdullah al-Ubaid (dengan sedikit ulasan dirayah) 

Majlis yang dihadiri : 

Majlis 1 Jumaat 21 Safar 1434H / 4 Januari 2013 : Bermula hadith 55
Majlis 2 Sabtu   22 Safar 1434H / 5 Januari 2013 : Bermula hadith 700
Majlis 3 Ahad    23 Safar 1434H / 6 Januari 2013 : Bermula hadith 1421-1620  (بفوت)
Majlis 4 Isnin     24 Safar 1434H / 7 Januari 2013 : -
Majlis 5 Selasa  25 Safar 1434H / 8 Januari 2013 : -
Majlis 6 Rabu  27 Safar 1434H / 9 Januari 2013 : -
Majlis 7 Khamis  28 Safar 1434H / 10 Januari 2013 : -
Majlis 8 Jumaat  29 Safar 1434H / 11 Januari 2013 : Hadir majlis akhir

Biodata syeikh :

1) Muhaddith Makkah - S.Abdul Wakeel al-Hasyimi 79 tahun - meriwayatkan secara membaca dan mendengar dari ayah beliau Muhaddith al-Haramain Abdul Haq al-Hasyimi - hampir kesemua kitab2 hadith yg dicetak pada zaman ayah beliau telah S.A.Wakeel bacakan di hadapan ayah beliau - termasuk beberapa kitab yg masih manusekerip - antaranya plg nadir ialah Sunan Kubra@al-Baihaqi (20 ribu hadith...). Seingat ana hanya dua org shj ulama Arab yg mengkhatamkan sehingga habis kitab besar ini di hadapan guru mereka. AWakeel dan S.Subhi al-Samarraie.

2)  Al-Musnid S.Abdul Rahman al-Kattani - umur lebih 90 tahun - dari ayah beliau al-Hafiz Muhammad Abdul Hayy al-Kattani yang sangat masyhur - A.Rahman terkenal sanad sgt tinggi di samping sekurang2nya 3 sanad tertinggi kepada kitab yg dibaca/didengar dihadapan guru2 beliau - Sahih al-Bukhari - Muwatta Malik dan al-Syamail al-Tirmizi

3)  Muhaddith Iraq S.Subhi bin Jasim al-Husaini al-Samarraie - Lebih 20 buah kitab yang besar dan nadir dibacakan dihadapan guru beliau al-Muhaddith Abdul Karim Abu Saiqoh - Sanad Kubra@al-Baihaqi dan sangat tinggi secara bacaan di samping Umdatul Ahkam - antara kitab nadir bidang hadith yg dikhatamkan di hadapan guru beliau ialah Mizanul Iktidal.

4)  al-Muhaddith al-Musnid al-Syeikh Muhammad Israil al-Nadwi al-Hindi - antara saki baki ahli hadith yang menpunyai sanad yang tinggi di India yang masih hidup - masyhur dengan ketinggian sanad KUTUB SITTAH secara bacaan dan mendengar di hadapan guru2 beliau dan kitab2 lain seperti Muwatta Malik yang diriwayatkan oleh al-Syaibani.

5) al-Muhaddith al-Zahid al-Bakkak al-Syeikh Abdullah al-Tuwaijri - ahli hadith di Arab Saudi yg masyhur - masyhur dgn kezuhudan - tawaduk - ibadat dan ilmu yg byk - meriwayatkan dari ramai guru antaranya al-marhum ayah beliau S.Hammud al-Tuwaijiri - antara sanad beliau yg nadir dan tinggi ialah meriwayatkan secara mendengar Muwatta Malik yang diriwayatkan oleh Abu Mus'ab, mendengar lebih 3000 hadith dari Musnad Abu Yaqla al-Mausili, beberapa juzuk yg ditemui dari Musnad al-Sarraj dan seluruh Tafsir Ibnu Khathir (dari bapa saudara beliau).

6)  Syaikhul Islam al-Allamah al-Muhaddith Abdullah Soleh al-Ubaid - seorg ulama yg sgt2 ramai guru dan sgt2 byk menghadiri majlis ilmu - mempunyai pakej lengkap utk gelaran Syaikhul Islam - menguasai semua ilmu2 Islam termasuk ilmu Qiraat dan Tafsir - jumlah hadith yg didengari dan dibaca secara bersanad dihadapan guru2 beliau kemungkinan melebihi 200 ribu hadith - (namun al-Musnid al-Kabeer al-Muhaddith Syeikh Muhammad Ziyad bin Umar al-Tukelah kemungkinan mendengar dan membaca hadith secara bersanad di hadapan guru2 beliau lebih 400 ribu hadith).

Disediakan oleh ustaz Anwaruddin Abdul Wahab

catatan majlis khatam :

Setelah khatam keenam-enam orang syeikh mengijazahkan ijazaha khas dan am kepada peserta hadir dan dengar. setelah itu dibacakan syair arab bagi pengkhataman. hadith juga di majlis pengkhataman Tokoh Feqah Dr. Yusuf al-Qaradhawi utk memberi sedikit ucapan.kemudian beliau memberi ijazah am kepada peserta2 yg hadir dengan apa yg telah diijazahkan oleh guru2 beliau. (Beliau beroleh ijazah sanad dari al-Hafiz al-Syeikh Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari dan al-Muhaddith al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah). Di Ghurfah Ibnu Solah - al-Syeikh Abdul Hamid Rahmati memberikan ijazah khas dan am kepada yang hadir, al-Syeikh Jum'ah al-Asyram memberikan ijazah khas dan al-Syeikh Dr. Naif Munir Faris juga memberi ijazah khas. 

Disediakan oleh ustaz Anwaruddin Abdul Wahab


Thursday, January 3, 2013

Majlis bacaan kitab Ikhtisor Ulum Hadith

Menyertai majlis bacaan kitab Ikhtisor Ulum Hadith karangan al-Hafiz Ibnu Kathir bersama Syiekh al- Wasikh'

Majlis 1 : 21 Safar 1434 / 4 Januari 2013