Saturday, October 13, 2012

Majlis bacaan kitab al-Alfiyyah as-Suyuthi

Hari ini 27 ZulQaedah 1433 / 13 Oktober 2012 saya telah mendengar sebahagian kitab  Al-al-Alfiyyah as-Suyuthi dan menerima ijazah sanad untuk tersebut dari Syiekh Muhammad Syuja' Abadi al-Bakistani.

Thursday, October 11, 2012

Khatam majlis bacaan hadith kitab Musnad Ahmad bin Hanbal

Alhamdulillah, awal pagi tadi  26 Zulqaedah 1433 / 12 Oktober 2012 telah khatam majlis pembacaan hadith kitab Musnad Ahmad bin Hanbal bersama Syiekh Muhammad Syuja' Abadi al-Bakistani. Majlis yang terakhir ialah majlis yang ke-90 dan majlis telah berlangsung melalui dalam talian. Di akhir majlis Syiekh Muhammad Syuja' Abadi al-Bakistani telah mengijazahkan sanad Musnad Imam Ahmad bin Hanbal kepada yang hadir pada malam tersebut. 

Turut hadir pada malam tersebut ialah Dr. Yahya al-Ghauthaniy. Beliau ialah seorang musnid dan jika sesiapa yang dapat ijzah beliau bermakna telah mendapat sanad yang tinggi dan kuat. Dr. Yahya al-Ghauthaniy banyak membaca hadith dengan Syiekh Yasin al-Fadani

Selapas selepas majlis Musnad Ahmad bin Hanbal, Syiekh Muhibb telah membacakan hadith awail sumbuliah. hadith awail sumbuliah ialah hadith yang awal dari kitab hadith sunan sittah dan lain-lain. Diantaranya ialah : Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami' at-Tirmizi,  Sunan an-Nasaii, Sunan Ibnu Majah, Sunan ad-Darimi, Muwato' Malik, Sunan Abi Hanifah, Sunan Syafii, Musnad Ahmad, Atsar Imam Ahmad, Sunan Daroquthni, Abi Naim, Abi Muslim, Sa'id, Abi Syaibah, Baghawi, Musnad al-Bazar, Musnad Abi Ya'la, Ibnu Mubarak, Ibnu Hibban (ada 3 sanad), Ibnu Khuzaimah, Ismail, ar-Razzaq, Ibnu Mu'in..dan lain-lain

Majlis berakhir jam 2.30 pagi


Bacaan hadith bab haji kitab Umdatul Ahkam

Telah menyertai majlis bacaan hadith dari kitab Umdatul Ahkam pada 20 Zulqaedah 1433 / 6 Oktober 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis yang bermula jam 10.30 pagi dan berakhir 1.30 petang telah di bimbing oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz. 

Bab haji di dalam kitab Umdatul Ahkam ini mengandungi 40 hadith.