Tuesday, December 25, 2012

Pengijazahan sanad hadith musalsal ad-dhuba' dan surah as-Saff

Alhamdulillah, hari ini 11 Safar 1434 / 25 Disember 2012 telah mengijazahkan sanad hadith musalsal ad-dhuba' dan surah as-Saff kepada isteri saya dan juga mengijazahkan sanad hadith musalsal ad-dhuba' kepada sahabat IMRT. 

Wednesday, December 12, 2012

Majlis bacaan Al-Afiyah al-Iraqi

  مجلس سماع  الفية العراقي على الشيخ عبدالعزيز بن إسماعيل الوشاح

Telah mendengar sebahagian bacaan al-Afiyah al-Iraqi pada 29 Muharram 1434 / 12 Disember 2012.


Majlis bacaan kitab Syamail Muhammadiah ﷺ bersama Syeikh Al-Qadhi Al-Mu'ammar Muhammad bin Ismail al-Imrani Al-Yamani

Tarikh mula : 26 Muharram 1434 / 10 Disember 2012
Tarikh tamat :

Telah menyertai majlis bacaan kitab Syamail Muhammadiah ﷺ bersama Syeikh Al-Qadhi Al-Mu'ammar Muhammad bin Ismail al-Imrani Al-Yamani yang telah diadakah melalui dalam talian (ghurfah Ibnu Solah).

Saturday, December 8, 2012

Majlis bersama Syiekh Dr. 'Azim al-Qaryoti

 مجلس سماع على الشيخ المحدث د. عاصم القريوتي حفظه الله 

Majlis bersama Syeikh Dr. 'Asim al-Qaryoti pada 25 Muharram 1434 / 9 Disember 2012 . Telah mendengar bacaan :

1) Hadith musalsal bil awwaliyyah     ( كاملا)
2) Hadith thulathiyyah al-Bukhari      ( كاملا)
3) Hadith musasal surah as- Saf        (بفوت)
4) Ijazah ammah

Thursday, December 6, 2012

Majlis bacaan kitab al-Arbain al-Quraniah

مجلس سماع كتاب الاربعون القرآنية على مؤلفه لشيخ:أحمد آل إبراهيم العنقري



Telah mendengar sebahagian bacaan kitab al-Arbain al-Quraniah di dalam dua majlis yang telah di adakan. Majlis bermula pada 23 Muharram 1434 / 7 Disember 2012. 

Majlis 1 / 7   Dis. :  (حاضر  (بفوت
Majlis 2 / 15 Dis. :  حاضر  



Majlis bacaan hadith kitab Adab al-Mufrod : Syeikh Abdullah bin Saleh al-Ubaid

                                         مجلس سماع الأدب المفرد  على الشيخ عبد الله بن صالح العبيد

Telah mendengar sebahagian bacaan kitab Adab al-Mufrod karangan Imam al-Bukhari bersama Syeikh Abdullah bin Saleh al-Ubaid.

Tarikh mula : 21 Muharram 1434 / 5 Disember 2012
Tarikh tamat : 23 Muharram 1434 / 7 Disember 2012

Majlis 1 / 5 Dis.  :  حاضر
Majlis 2 / 6 Dis.  :  حاضر 
Majlis 3 / 6 Dis.  :  حاضر 
Majlis 4 / 7 Dis.  :  حاضر  

Monday, December 3, 2012

Majlis bacaan kitab Kashf al-Shubuhat : Syiekh Mishan al-Harthy

 مجلس سماع كشف الشبهات على الشيخ مشعان الحارثي حفظه الله

Tarikh Mula : 20 Muharram 1434 / 3 Disember 2012

Majlis 1 : 20 Muharram 1434 / 3 Disember 2012 ( كاملا)

Majlis bacaan hadith kitab Shahih Ibnu Khuzaimah

 مجلس سماع صحيح ابن خزيمة  على د.نايف فارس حفظه الله


Telah menghadiri majlis bacaan hadith kitab Shahih Ibnu Khuzaimah dengan Dr. Nayef Fares

Majlis 3 (19 Muharram 1434 / 3.12.2012) :  حاضر


Thursday, November 29, 2012

Majlis bacaan hadith kitab Musnad Abi Daud at- Tayalisi oleh Abu Hashim al-Husaini

مجلس سماع  مـسـنـد أبـي داود الـطـيـالـسـي على الشيخ أبو هاشم الحسيني  حفظه الله 

Telah menyertai majlis bacaan hadith kitab Musnad Abi Daud at- Tayalisi oleh Abu Hashim al-Husaini di ghurfah Ibnu Solah.

Majlis 5 :  حاضر
Majlis    : 22 Muharram 1432 / 6.12.2012 :  حاضر

Monday, November 19, 2012

Majlis bacaan hadith kitab Bulughul Maram : Syiekh Muhammad Awwad al-Manqush


مجلس سماع  بلوغ المرام على الشيخ محمد عوض المنقوش  حفظه الله 

Telah menyertai majlis bacaan hadith kitab Bulughul Maram bersama Syiekh Muhammad Awwad al-Manqush di Kolej Darul Hikmah, Kajang, Selangor.

Tarikh mula : 5 Muharram 1434 / 19 November 2012
Tarikh akhir : 7 Muharram 1434 /  21 November 2012
Tempat : Kolej Darul Hikmah,Kajang, Selangor.

Hari 1 : Hadith 1-474 (بفوت )
Hari 2 : Hadith 475-879  (بفوت )
Hari 3 : Hadith 879-1568 (بفوت )




Tuesday, November 13, 2012

Majlis bacaan hadith kitab Bulughul Maram

مجلس سماع على الشيخ محمد قاسم الوشلي

29 Zulhijjah 1433 / 14 November 2012 telah mendengar sebahagian dari kitab Bulughul Maram di dalam majlis bacaan hadith kitab Bulughul Maram bersama Syiekh Muhammad Qosim al-Wasli. 




Majlis bacaan Matan Abi Syuja' : Syiekh Qosim al-Bahr

مجلس سماع للشيخ قاسم البحر حفظه الله 

متن أبى شجاع فى الفقه الشافعى


Telah menyertai majlis bacaan  Matan Abi Syuja' Bersama Syiekh Qosim al-Bahr.

Tarikh mula : 29 Zulhijjah 1433 / 14 November 2012
Tarikh akhir : 

Majlis 1 : Kitab taharah, Kitab Solat  ( كاملا)

Majlis bacaan hadith kitab Sunan an-Nasaie

  مجلس سماع سنن النسائي على الشيخ محمد عوض المنقوش  حفظه الله 


Telah menyertai majlis bacaan hadith kitab Sunan an-Nasaie bersama Syiekh Muhammad Awwad al-Manqush di Masjid al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Tarikh mula : 28 Zulhijjah 1433 / 13 November 2012
Tarikh akhir : 4 Muharram 1434 /  18 November 2012
Tempat : Masjid al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Hari 1 : Hadith 1-395 (54-56, 222-235 : بفوت)
Hari 2 : Hadith 1330 -1597 
Hari 3 : Hadith 1818 - 2375 
Hari 4 :0
Hari 5 :0
Hari 6 : Hadith 5379-5758 (بفوت)



Sunday, November 11, 2012

Majlis bacaan kitab Awail Sumbuliah

مجلس سماع كتاب الأوائل السنبلية على الشيخ قاسم البحر حفظه الله

Telah mendengar bacaan penuh kitab Awail Sumbuliah bersama Syikeh Qosim al-Bahr pada 27 Zulhijjah 1433 / 12 November 2012 di Ghurfah Ibn Solah. Ini adalah kali ke tiga[1] mendengar bacaan  kitab Awaail Sumbuliah. Dan diijazahkan sanad  kitab Awail Sumbuliah oleh Syiekh Qosim al-Bahr. 

[1]  (1) Syiekh Syuja' Abdadi (2) Ustaz Adlan Abdul Aziz (3) Syiekh Qosim al-Bahr

Saturday, November 10, 2012

Bacaan kitab Awail Sumbuliah & Syamail Muhammadiah ﷺ

Pada 25 Zulhijjah 1433 / 10 November  2012, telah mendengar bacaan dua kitab bersama ustaz Adlan Abdul Aziz dan rakan-rakan di Sekolah Menengah Segambut Jaya :


1) Bacaan lengkap kitab Awail Sumbuliah (dengar Awail Sumbuliah kali kedua[1])

2) Bacaan sebahagian kitab Syamail Muhammadiah. Hadith 1-14 (dengar syamail muhammadiah  ﷺ kali ke 4[2])


[1] (1) Syiekh Syuja' Abadi (2) Ustaz Adlan Abdul Aziz


[2]  
(1) Maulana Hamid (سماع كامل)
(2) Ustaz Adlan Abdul Aziz di dalam dua majlis 
(3) Syeikh Muhammad Husni Ginting 



Wednesday, November 7, 2012

Majlis bacaan dan huraian ringkas kitab al-Muqizoh karya Imam az-Zahabi

Telah menyertai majlis bacaan dan huraian ringkas kitab al-Muqizoh karya Imam az-Zahabi oleh ustaz Adlan Abdul Aziz di Masjid Alam Damai, Cheras dan telah mendengar sebahagian dari bacaan dan huraian kitab al-Muqizoh. Majlis di jalankan di dalam dua sesi iaitu pada 20 Zulhijjah 1433 / 5 November 2012 (Isnin) dan 22 Zulhijjah 1433 / 7 November 2012 (Rabu).

Pada sesi pertama juga di adakan bacaan dan huraian ringkas matan Manzumah al-Baiquniyyah. 

Diijazahkan sanad kitab al-Muqizoh  karya Imam az-Zahabi oleh ustaz Adlan Abdul Aziz .

Majlis bacaan hadith Musnad Imam Syafie

المجلس مسند الشافعي  على الشيخ سعد باشكيل حفظه الله

Telah menghadiri majlis sama' hadith kitab Musnad Syafie bersama Syiekh Saad Bashkil. 

Tarikh mula : 22 Zulhijjah 1433 / 7 November 2012

Tempat : Ghurfah Ibnu Solah
Tarikh tamat : 

Majlis 1   / 7   Nov.      : Hadith  1-62 ( كاملا)

Majlis 2   / 8   Nov.      : Hadith  63 - 182 (فوت )
Majlis 3   / 9   Nov.      : Hadith      ?    -  420 (فوت)
Majlis 4   / 10 Nov.      : Hadith  420 - 632   ( 496, 497 - 504  : فوت )
Majlis 5   / 11 Nov.      : Hadith  632 - 838  ( كاملا)
Majlis 6   / 13 Nov.      : Hadith  965 - 1021   ( 839-964 : بفوت كبير)
Majlis 11 /  6  Dis.      : حاضر
Majlis      /   8  Dis.      : Hadith 1435 -1500  (فوت )

Majlis sama' hadith musalsal hari eid'

مجلس سماع المسلسل بيوم العيد مع الشيخ غالب بن محمد المزروع  حفظه الله

Telah menyertai majlis bacaan hadith musasal hari eid' pada 11 Zulhijjah 1433 / 27 Oktober 2012. 

: الحديث المسلسل بيوم العيد 
: عن ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ 

شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَوْمِ عِيدِ فِطْرٍ أَوْ أَضْحَى ، فَلَمَّا فَرَغَ 
: مِنَ الصَّلاةِ أَقْبَلَ بِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ ، فَقَالَ 
   أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَصَبْتُمْ خَيْرًا ، فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْصَرِفَ فَلْيَنْصَرِفْ ، وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُقِيمَ   
حَتَّى يَسْمَعَ الْخُطْبَةَ فَلْيَقُمْ

Majlis bacaan hadith kitab Syamil Muhammadiah bersama Syiekh Muhammad Husni Ginting

Telah mendengar sebahagian hadith kitab Syamail Muhammadiah  di dalam majlis bacaan hadith kitab Syamil Muhammadiah bersama Syiekh Muhammad Husni Ginting pada 18 Zulhijjah 1433 / 3 - 4 November 2012. 

Ijazah yang diterima dari Syiekh Muhammad Husni Ginting :

  1. Kitab Syamail Muhammadiah - Imam at-Tirmizi
  2. Musasal cincin
  3. Musasal labu
  4. Musasal serban
  5. Kitab Shafinatun Najah - Syiekh Salim bin Sumair
  6. Ijazah Am Syiekh Muhammad Husni Ginting

Sunday, October 14, 2012

Majlis bacaan al-Fiyyah al-'Iraqiy

Telah mendengar sebahagian al-Fiyyah al-'Iraqiy pada pagi ini 29 ZulQaedah 1433 / 15 Oktober 2012 telah menerima ijazah khas Ijazah Alfiyyah Al-'Iraqiy dari Syiekh Muhammad bin Abdullah as-Syuja' Abadi al-Bakistani. 

Saturday, October 13, 2012

Majlis bacaan kitab al-Alfiyyah as-Suyuthi

Hari ini 27 ZulQaedah 1433 / 13 Oktober 2012 saya telah mendengar sebahagian kitab  Al-al-Alfiyyah as-Suyuthi dan menerima ijazah sanad untuk tersebut dari Syiekh Muhammad Syuja' Abadi al-Bakistani.

Thursday, October 11, 2012

Khatam majlis bacaan hadith kitab Musnad Ahmad bin Hanbal

Alhamdulillah, awal pagi tadi  26 Zulqaedah 1433 / 12 Oktober 2012 telah khatam majlis pembacaan hadith kitab Musnad Ahmad bin Hanbal bersama Syiekh Muhammad Syuja' Abadi al-Bakistani. Majlis yang terakhir ialah majlis yang ke-90 dan majlis telah berlangsung melalui dalam talian. Di akhir majlis Syiekh Muhammad Syuja' Abadi al-Bakistani telah mengijazahkan sanad Musnad Imam Ahmad bin Hanbal kepada yang hadir pada malam tersebut. 

Turut hadir pada malam tersebut ialah Dr. Yahya al-Ghauthaniy. Beliau ialah seorang musnid dan jika sesiapa yang dapat ijzah beliau bermakna telah mendapat sanad yang tinggi dan kuat. Dr. Yahya al-Ghauthaniy banyak membaca hadith dengan Syiekh Yasin al-Fadani

Selapas selepas majlis Musnad Ahmad bin Hanbal, Syiekh Muhibb telah membacakan hadith awail sumbuliah. hadith awail sumbuliah ialah hadith yang awal dari kitab hadith sunan sittah dan lain-lain. Diantaranya ialah : Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami' at-Tirmizi,  Sunan an-Nasaii, Sunan Ibnu Majah, Sunan ad-Darimi, Muwato' Malik, Sunan Abi Hanifah, Sunan Syafii, Musnad Ahmad, Atsar Imam Ahmad, Sunan Daroquthni, Abi Naim, Abi Muslim, Sa'id, Abi Syaibah, Baghawi, Musnad al-Bazar, Musnad Abi Ya'la, Ibnu Mubarak, Ibnu Hibban (ada 3 sanad), Ibnu Khuzaimah, Ismail, ar-Razzaq, Ibnu Mu'in..dan lain-lain

Majlis berakhir jam 2.30 pagi


Bacaan hadith bab haji kitab Umdatul Ahkam

Telah menyertai majlis bacaan hadith dari kitab Umdatul Ahkam pada 20 Zulqaedah 1433 / 6 Oktober 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis yang bermula jam 10.30 pagi dan berakhir 1.30 petang telah di bimbing oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz. 

Bab haji di dalam kitab Umdatul Ahkam ini mengandungi 40 hadith.

Sunday, September 30, 2012

Pengijazahan sanad kutub sittah

Hari ini 14 Zulkaedah 1433 / 30 September 2012, telah menghadiri majlis mini seminar berkenaan kutub sittah bersama ustaz Adlan Abdul Aziz. Di akhir majlis ustaz Adlan Abdul Aziz telah membacakan 12 hadith iaitu hadith pertama dan terakhir bagi setiap kitab sunan sittah dan seterusnya memberi pengijazahan sanad bagi semua kitab-kitab hadith berkenaan. Majlis telah berlangsung di Masjid Asy-Syarif Meru Klang.

Wednesday, September 26, 2012

Ijazah Khas & Am Musnad Ahmad oleh Syeikh Syuja' Abadi al-Bakistani

Hari ini 11 Zulkaedah 1433 H / 27 September 2013 saya telah menerima ijazah khas dan am kitab Musnad Ahmad oleh Syiekh Syuja' Abadi al-Bakistani. Juga saya telah menerima ijazah hadith musalsal fi Rahmah dari beliau. 

Monday, September 17, 2012

Majlis bacaan hadith kitab Musnad Imam Ahmad

Hari ini 1 Zulkaedah 1433 / 17 September 2012 saya telah menyertai majlis bacaan hadith dari kitab Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Majlis sama' ini dijalankan secara dalam talian bersama Syeikh Muhammad Syuja' Abadi al-Bakistani.  Ini adalah kali pertama mendengar bacaan hadith kitab Musnad Imam Ahmad. Turut menyertai majlis bacaan hadith pada hari ini ialah isteri saya,

Majlis bacaan kitab Musnad Imam as-Syafie

Pada 28 syawal 1433 bersamaan 15 September telah menyertai majlis bacaan kitab Musnad Imam as-Syafie di Surau an-Najah, Ampang. Membaca hadith bersama dengan ustaz Anwaruddin. Bacaan hadith bermula dari hadith 1 hingga hadith ke 40.

Apa yang menarik yang ingin saya kongsikan di sini ialah jika hadith di dalam kitab Musnad Imam as-Syafie tertulis "Orang yang tercaya" seperti hadith ke 2, yang di maksudkan "Orang yang tercaya" di dalam hadith ini ialah Yahya bin Hasan. 

Wednesday, September 5, 2012

Hadith ke 352 dalam kitab Riyadhush Shalihin

Pagi ini 6 Septber 2012, melalui hadith ke 352 dalam kitab riyadhush shalihin. Hadith yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari, kisah dua orang yang syahid dalam peperangan Uhud. kedua-dua mati syahid tetapi Rasulullah ﷺ mendahulukan salah seorang dari mereka yang lebih banyak memahami al-Quran ke liang lahad. Mulianya orang memahami al-Quran. 

Sunday, August 26, 2012

Catatan pertama


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Blog ini ditulis sebagai catatan peribadi tentang majlis bacaan hadith yang disertai.