Thursday, October 11, 2012

Khatam majlis bacaan hadith kitab Musnad Ahmad bin Hanbal

Alhamdulillah, awal pagi tadi  26 Zulqaedah 1433 / 12 Oktober 2012 telah khatam majlis pembacaan hadith kitab Musnad Ahmad bin Hanbal bersama Syiekh Muhammad Syuja' Abadi al-Bakistani. Majlis yang terakhir ialah majlis yang ke-90 dan majlis telah berlangsung melalui dalam talian. Di akhir majlis Syiekh Muhammad Syuja' Abadi al-Bakistani telah mengijazahkan sanad Musnad Imam Ahmad bin Hanbal kepada yang hadir pada malam tersebut. 

Turut hadir pada malam tersebut ialah Dr. Yahya al-Ghauthaniy. Beliau ialah seorang musnid dan jika sesiapa yang dapat ijzah beliau bermakna telah mendapat sanad yang tinggi dan kuat. Dr. Yahya al-Ghauthaniy banyak membaca hadith dengan Syiekh Yasin al-Fadani

Selapas selepas majlis Musnad Ahmad bin Hanbal, Syiekh Muhibb telah membacakan hadith awail sumbuliah. hadith awail sumbuliah ialah hadith yang awal dari kitab hadith sunan sittah dan lain-lain. Diantaranya ialah : Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami' at-Tirmizi,  Sunan an-Nasaii, Sunan Ibnu Majah, Sunan ad-Darimi, Muwato' Malik, Sunan Abi Hanifah, Sunan Syafii, Musnad Ahmad, Atsar Imam Ahmad, Sunan Daroquthni, Abi Naim, Abi Muslim, Sa'id, Abi Syaibah, Baghawi, Musnad al-Bazar, Musnad Abi Ya'la, Ibnu Mubarak, Ibnu Hibban (ada 3 sanad), Ibnu Khuzaimah, Ismail, ar-Razzaq, Ibnu Mu'in..dan lain-lain

Majlis berakhir jam 2.30 pagi


No comments:

Post a Comment